fbpx
DAY 1 : Refleksi Diri
Empat belas hari pertama tempoh sekatan pergerakan ulangan, kali ini mungkin kita bakal melalui tempoh lebih panjang..
mungkin dua minggu? mungkin ada penambahan dua minggu lagi dan lagi dan tak habis-habis seperti yang telah kita lalui sejak tahun lalu.
Banyak yang telah berubah, mungkin korang antara yang terkesan sepanjang PKP, it’s OK! mungkin tempoh ini adalah tempoh terbaik melakukan satu “turning point” dalam hidup.
So hari ni apa kata kita lakukan Self Reflection dan bersedia untuk bangkit semula buat sekian kalinya (kali ini dengan penuh gaya, mutu dan keunggulan!)
korang perasan tak, kadang-kadang kita nak mulakan sesuatu tapi tak tahu mana nak mula, jadi apa kata mulai hari ini, kita take step by step untuk mulakan langkah ini bersama?
“PEN & PAPER CAN CHANGE YOUR LIFE”
dari zaman batu sehingga zaman moden sekarang ni, manusia seringkali mengekspresi perasaan dan sesuatu yang difikirkan dalam medium penulisan, didinding-dinding gua sehingga ke status facebook, penulisan adalah sesuatu yang besar tanpa disedari.
Masa untuk menulis cerita baru tentang diri kamu yang akan menempa pelbagai kejayaan 14 hari akan datang.
Okay, now.. 2 langkah yang korang perlu guna untuk bermula:
1) pilih satu ruang untuk berfikir, pastikan ianya selesa dan tetapkan penggunaan ruang tersebut untuk next 14days.
2) ambil sebatang pen dan sehelai kertas.
tugas korang hari ini ialah catatkan segala pencapaian yang pernah korang capai dalam hidup,
catat sebanyak mungkin tak kisahlah kejayaan tersebut ialah kejayaan semasa tadika atau sekolah rendah, kejayaan memimpin tangan orang buta untuk melintas jalan atau mengutip sampah sisa dari si dungu yang memandu sambil membuang sampah keluar tingkap kenderaan, setiap detik itu amat berharga dan akan membantu korang nampak jelas jalan yang akan korang lakar dalam mencapai sesuatu pada masa terdekat.
jika tiada, apa kata cuba bayangkan apa yang korang terlalu ingin lalukan tapi tak pernah ada peluang untuk lakukan selama ini, tulis jer!
good luck guys! kita tengok apa yang akan datang hari esok..