Apa itu DIGITAL NOMAD?

1. Adakah ia sejenis kuih? Tentunya tidak.

2. Adakah ia pekerjaan hipster yg baru? Tidak juga. Ia tidak memberi pekerjaan baru atau projek baru kepada sesiapa.

3. Jadi apakah dia sebenarnya DIGITAL NOMAD ni? Ia sebuah konsep yg mementingkan “work-life balance”. Sebuah gerakan untuk memulangkan semula kuasa kepada perniagaan kecil dan individu bekerja bebas yg sekian lama dipinggirkan.

4. Ia bukan satu konsep gerakan yg baharu. Malahan pekerja bebas/ pekerja kampung (freelancer) sudah lama wujud. Cuma dalam konteks DIGITAL NOMAD, ia mengambil kira kebolehan bekerja bebas dan bekerja jarak jauh, dengan menggunakan peranti digital.

5. Hari ini hampir semua kerja seharian melibatkan peranti digital.

6. NOMAD itu sendiri bermaksud mereka berpindah-pindah, tanpa ada lokasi pekerjaan yang tetap untuk melaksanakan atau menyelesaikan tugas mereka. Mereka mungkin ada alamat pejabat, tapi mereka tak perlu berada di situ. Bukan selalu.

7. Bukan semua pekerjaan boleh melibatkan kerja bebas atau kerja jarak jauh. Pekerjaan seharian kita masih memerlukan kehadiran fizikal ke tempat kerja, dan diikat dari jam 8 pagi hingga 5 petang, kadangkala lebih panjang.

8. Sesuatu bidang pekerjaan amatlah sukar untuk beralih kepada DIGITAL NOMAD seperti pakar bedah, pakar gigi, polis, tentera, guru sekolah, penyelia kilang dan sebagainya.

9. Sesuatu pekerjaan lain pula mungkin boleh dijadikan DIGITAL NOMAD. Contohnya seorang pensyarah biasa perlu hadir ke kuliah untuk mengajar. Sekiranya beliau menggunakan telekonferens atau video, beliau tidak perlu lagi hadir secara fizikal untuk mengajar.

10. Kerja-kerja bersifat agensi dan perniagaan kecil banyak bersifat bebas dan tiada ikatan masa tertentu seperti ejen takaful, ejen unit amanah, usahawan kosmetik, usahawan tudung dan lain-lain.

11. Ada empat tier atau peringkat utama dalam kebebasan tahap pekerjaan seseorang:

(A) Tier pertama – pekerjaan jarak jauh yg tidak memerlukan kehadiran fizikal dan tiada ikatan jangkamasa panjang. Kebanyakan mereka bekerja sendiri atau ada bisnes sendiri. Ini adalah kebebasan pekerjaan yg sebenar. Contohnya pengarah syarikat perkhidmatan freelance, travel blogger, copywriter, web developer, dropship e-dagang dan sebagainya.

(B) Tier kedua – pekerjaan jarak jauh yg tidak memerlukan kehadiran fizikal setiap hari tetapi bekerja dalam tempoh masa yg agak panjang, dan adakalanya bekerja dengan orang. Mungkin kadangkala ada dipanggil mesyuarat atau masuk pejabat. Contohnya pengasas syarikat, CEO, company’s social media manager, bookkeeper, program developer, data entry clerk dan sebagainya.

(C) Tier ketiga – pekerjaan yg pendek tempohnya dan boleh dibuat bila-bila masa (fleksibel), tetapi masih memerlukan kehadiran fizikal seperti photographer, event planner atau manager, home tutor, professional driver dan sebagainya.

(D) Tier keempat – pekerjaan yg amat memerlukan kehadiran fizikal, ada kontrak tempoh yang panjang tetapi fleksibel boleh dilakukan bila-bila masa tanpa terikat dengan rejim kerja 8-5. Kebanyakannya bersifat agensi. Contohnya seperti ejen hartanah, ejen jualan syarikat, ejen takaful, ejen unit amanah dan sebagainya.

12. DIGITAL NOMAD merangkumi semua empat peringkat tersebut. Perkataan NOMAD itu sendiri bermaksud mereka berpindah-pindah, tanpa ada suatu tempat pekerjaan yang tetap.

13. Keempat-empat tier pekerjaan ini boleh dikira fleksibel, akan tetapi yang paling bebas adalah tier pertama.

14. Apakah tier pekerjaan anda, pertama, kedua, ketiga atau keempat? Sekiranya tidak termasuk dalam mana-mana tier, adakah majikan anda menggalakkan fleksibiliti dalam konsep DIGITAL NOMAD ini?

Kami adalah komuniti “Pejuang Digital Nomad” dari Malaysia

Digital Nomad Malaysia bersungguh-sungguh mahukan anda bergerak ke arah pendigitalan pekerjaan?

Kerana kami mahu anda bersedia, kemungkinan masa depan di mana kerjaya anda diganti oleh Artificial Intelligent (AI). Ia bukan lagi persoalan ‘what if’. Ianya kenyataan pasti!

Work smart, live free, earn more!

 

Tentang Kami

Kami adalah segolongan anak muda yang berimpian kerja 4 jam seminggu di mana-mana saja di dunia. “Kerja kurang, hidup bebas” – itu menekankan aspek kehidupan yang lebih dari sekadar pekerjaan. Keluarga, persahabatan, kejiranan, kesihatan, pengembaraan – semua itu lebih penting.

Kami faham kewangan itu penting juga, tetapi bilakah wang akan cukup? Wang dan harta sebenarnya tidak terhad (unlimited). Golongan penguasa akan sentiasa mencetak dan menghasilkan wang baru yang lebih banyak, menyebabkan infasi dan harga barangan akan sentiasa tinggi, dan kutipan cukai yang tidak mungkin terhenti. Akan tetapi sumber masa kita sebagai manusia amat teramat terhad. Kebebasan sebenar adalah apabila indeks kebebasan kewangan, kebebasan masa dan kebebasan pergerakan tiada batasannya.

Kami akan sentiasa mendidik golongan anak muda supaya tidak terperangkap dalam perlumbaan tikus (rat race). Kami memberi panduan tentang langkah-langkah yang mungkin sesuai dibuat untuk meninggikan indeks kebebasan anda. Mungkin kami menjalankan kelas-kelas juga sebagai langkah menjadi Digital Nomad.

Digital Nomad sentiasa digambarkan sebagai hipster yang mengembara dunia membawa macbook dan membuat kerja di tepi pantai. Namun pentakrifan ini agak sempit. Berhijrah (nomad) ke arah digital dalam aspek pekerjaan (pendigitalan pekerjaan) supaya mampu bekerja secara automatik dan efisien di mana jua adalah proses menjadi seorang Digital Nomad yang bebas.

Kami Digital Nomad Malaysia (DIGINOM) beroperasi di secara “Social Community” yang berlokasi dari Kuala Lumpur, Malaysia. Ianya sebuah startup yang bermula sejak Februari 2018. Pengasasnya ialah FAIZ NAJMI.