fbpx

Menjadi seorang digital nomad bukanlah sesuatu yang asing dalam peredaran dunia masa kini. Jika diluar sana, topik dan tona suara yang dibawa menjurus kepada topik yang pelbagai, di Malaysia seorang digital nomad boleh mencari makan dalam beberapa topik sahaja, antaranya dalam bidang politik, permotoran, travel  dan blog makanan sebagai permulaan.

Namun, ini bukanlah sebab untuk anda rasa gundah-gulana jikalau topik di atas bukanlah your cup of tea kata orang putih, tetapi carilah topik dan suara yang bersesuaian dengan pengalaman dan pembacaan anda.

Sebagaimana anda sedia maklum, ianya tidak bergantung kepada penulisan semata-mata dan ini merupakan nasihat daripada para penulis digital di luar sana yang berpengalaman dan wajar kita jadikan ikutan.

 

Mengembaralah tetapi JANGAN Lupakan Kerja

Karen Asp merupakan penulis yang berkepakaran dalam bidang kesihatan, sukan, nutrisi, penjagaan haiwan peliharaan dan mengembara. Berpengalaman menulis untuk terbitan ternama sepert Woman’s Day dan Harper’s Bazaar, beliau tidak pernah lekang dari disiplin untuk menyiapkan kerja, meski mengorbankan waktu tidur beliau sendiri.

“Kerja saya tidak membolehkan saya untuk meninggalkannya bagi tempoh waktu yang lama, tetapi dengan kemudahan sedia ada saya boleh menyiapkan kerja tidak kira di mana saya berada.”

Inilah hakikat yang akan dihadapi oleh seorang penulis digital, meski tidak mempunyai ofis yang tersedia, perlunya berpakaian kemas, perlunya masuk waktu yang tepat, namun disiplin perlu ada untuk menyiapkan kerja. Itukan tanggungjawab.

 

Pastikan Minda Sentiasa Terbuka

Meski memulakan penulisannya dengan artikel bertemakan fesyen dan kecantikan, Ashley Laderer kemudiannya beralih kepada dunia kesihatan mental dan penjagaan kesihatan apabila beliau berpeluang mendokumentasikan perjalanannya ketika mengalami anxiety disorder. 

Menurut beliau, experience equals stories. Mudah bukan? Setiap daripada kita melalui pengalaman yang begitu peribadi, tidak mungkin akan sama dengan orang lain. Dari situ bukan sahaja kita boleh membina niche atau bidang kepakaran kita sendiri tetapi boleh dijadikan titik rujukan bagi mereka diluar sana yang tercari-cari apa yang anda tawarkan dalam penulisan anda.

 

Anda Boleh Belajar Menulis Di Mana Sahaja

Nina Caplan merupakan seorang pemberita yang menulis tentang pengembaraan dan wine. Bermula sebagai kolumnis pengkritik filem, kemudian bertukar kepada penulisan-penulisan yang lebih serius.

Tidak kira dimana permulaan anda, meski anda menulis pada skala yang kecil, dengan keinginan untuk ber-evolusi, anda juga mampu mengubah halatuju penulisan anda.

 

Melihat kepada contoh-contoh digital nomad berjaya di atas, tidak salah kiranya kita juga berimpian untuk menjadi seperti mereka suatu hari nanti, apabila penulisan yang kita ukir dijadikan bahan rujukan satu dunia.

Dream for the stars and fall on the mountains!

Also read: Tips Penulisan Blog Untuk Tahun 2020 Yang Berwawasan