Saban hari kita mendengar negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia dan Singapura seringkali melaporkan kadar jangkitan COVID-19 yang berlaku serta bilangan mereka yang telah sembuh dari pandemik itu.
Meski bilangan yang dilaporkan itu memberi impak yang amat besar kepada industri-industri utama negara, namun jika sudah menjadi tanggungjawab untuk melaporkan penularan COVID-19 ini, tiada apa yang dapat kita lakukan selain daripada untuk menerima sahaja perkhabaran-perkhabaran yang kurang menyenangkan ini.
Kenapakah pakar WHO menyatakan bahawa negara-negara di rantau Asia Tenggara, merupakan antara negara yang mungkin bertanggungjawab mengapa penularan COVID-19 terus meningkat?
KEGAGALAN MELAPORKAN KES COVID-19
Di dalam kekalutan kementerian-kementerian kesihatan di Singapura dan Malaysia pendapat pakar dari World Health Organization (WHO) berkongsi kegusaran mereka diatas kurangnya laporan-laporan sebaran COVID-19 di kalangan rakan-rakan serantau yang lain, seperti Indonesia, Laos, East Timor dan Myanmar.
Yang menggusarkan pakar WHO adalah ada diantara negara-negara ini yang bersempadan dengan China (Myanmar dan Laos) dan ada yang turut menerima direct flight dari Wuhan, China (Indonesia).
Memberi bayangan bahawa situasi ini menyumbang kepada penularan COVID-19, Professor Emeritus dari London School of Hygiene and Tropical Medicine yang berpengkalan di Bangkok, Richard Coker berkata,”Penularan virus COVID-19 ini adalah seperti penularan penyakit seperti selsema, sesuatu yang sukar dihentikan.”
Kalau diikutkan ada kebenarannya juga. Secara logiknya, tidak mungkin negara yang bersempadan atau yang menerima penerbangan terus tidak langsung mempunyai sebarang laporan penularan COVID-19?
KEGAGALAN MEMAHAMI BETAPA SERIUSNYA COVID-19
Tetapi janganlah kita mula menunding jari kepada mereka yang gagal dalam melaporkan situasi ini. Malah ada juga yang pernah menyarankan bahawa COVID-19 ini bukan sesuatu yang serius dan tidak wajar ditekankan.
Menurut pakar analisa hubungan antarabangsa Asia Tenggara Joshua Kurlantzick menegaskan bahawa negara-negara di rantau ini tidak menekankan betapa seriusnya situasi COVID-19 di peringkat awal dahulu kerana risaukan hubungan dua hala diantara rantau Asia Tenggara dan China terjejas.
Malah di Cambodia sendiri, Perdana Menterinya Hun Sen menyatakan bahawa mereka tidak akan menghentikan penerbangan masuk ke negara itu dari China. Beliau juga menyatakan bahawa rakyat China yang berasal dari Wuhan, tidak akan dihantar pulang.
Pada pendapat anda, mungkinkah Asia Tenggara akan turut mengalami nasib yang sama seperti China, dimana penularan COVID-19 sudah tidak dapat dibendung lagi sehingga mengakibatkan perintah darurat dilaksanakan di negara itu?
Really informative article. Much thanks again. Keep writing. Lory Jaime Koal
If you would like to increase your experience just keep visiting this site and be updated with the most up-to-date news posted here. Dorolice Curtice Bobseine Arabella Garey Sanchez
please stop by the internet sites we stick to, such as this one, as it represents our picks from the web Sydelle Todd Ashlen
I like it when folks come together and share views. Great blog, stick with it. Dorothea Roderich Nickerson
I appeal to you therefore, brothers, by the mercies of God, to present your bodies as a living sacrifice, holy and acceptable to God, which is your spiritual worship. Romans 12:1 ESV Paige Cece Silberman