fbpx

Konsep Airbnb bukanlah sesuatu yang asing lagi buat rakyat Malaysia. Pengalaman merasai pengalaman untuk hidup dikalangan warga tempatan dalam rumah serba lengkap dan selesa, merupakan antara tarikan yang Airbnb ada berbanding dengan duduk di hotel-hotel sedia ada.

Jadi apa yang kami paparkan kali ini, adalah tiga Airbnb yang ‘rare’  yang dikongsi oleh @timetodecor melalui laman Twitter mereka.

 

Glamping Tebing Laut di Kota Tinggi

Source: Twitter

Source: Twitter

Jika anda ingin rasai pengalaman ‘Glamping’ atau berkhemah dengan kemewahan, apa kata anda singgah ke Kota Tinggi, Johor dan sewa sendiri sebuah rumah berbentuk ‘dome’ dan nikmati pengalaman tinggal di tepi pantai in style bak kata orang putih.

 

Rumah Buluh dalam Kebun Durian

Source: Twitter

Source: Twitter

Jika anda penggila durian, dan inginkan pengalaman macam di dusun sendiri, lawati destinasi Airbnb ini yang dapat merealisasikan impian anda untuk bermalam di rumah buluh sambil ditemani bunyi alam di waktu malam diselang-seli dengan bunyi durian gugur di Raub, Pahang.

 

Percutian Kapal Layar

Source: Twitter

Source: Twitter

Inginkan pengalaman persis filem-filem Hollywood dia mana pelakon-pelakonnya senantiasa bercuti di atas kapal layar sendiri, ditemani hanya laut dan kapal mereka sahaja? Di Langkawi, Kedah anda berpeluang merasai kehidupan ala-ala filem barat dengan menempah pengalaman bermalam di atas kapal layar yang bakal meletup-letupkan Instagram anda.

 

Sudah mendapat inspirasi percutian anda yang seterusnya musim cuti-cuti ini? Barangkali ia tidaklah se-gah apa yang mereka tawarkan di luar negara, namun dikala penularan wabak COVID-19 sedang menggila ini, tidak salah kiranya kita mencari alternatif lain yang tidak melibatkan perjalanan antarabangsa. 

Selamat bercuti dan stay safe!