Apa Itu Lockdown, dan apakah yang perlu dilakukan semasa tempoh tersebut?
Dua hari lalu, Perdana Menteri telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakkan (Restricted Movement Order) selama 14 hari bermula tepat jam 12.00 malam tadi sehingga 31 Mac 2020 oleh kerana peningkatan kes Covid-19 yang semakin menular di Malaysia & virus tersebut telah pun diistiharkan sebagai PANDEMIC diseluruh dunia oleh WHO.
Sebaik sahaja pengumumam dilakukan, rakyat Malaysia terus membuat pembelian pan!k dikebanyakkan pasaraya sehinggakan barangan keperluan asas habis licin dirak-rak pasaraya. fuhh. Tiba-tiba pula aku rasa seram pulak! Ini belum lagi umum total LOCKDOWN dah pan!k sangat.
.
Di Malaysia, kita belum lagi diperintahkan untuk LOCKDOWN (Perintah Berkurung), buat masa ini masih dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakkan (Restricted Movement Order) selama 14 hari, jika keaadan semakin teruk, yup.. LOCKDOWN akan dilaksanakan sepenuhnya. Jadi perlu sentiasa siap sedia dari sekarang. Cuma jangan berhenti berdoa agar Malaysia akan kembali okay aman dan makmur.
Sejauh mana korang faham tentang LOCKDOWN ni? apakah kita perlu PAN!K? dan apa yang perlu dilakukan dalam tempoh kuarantin. Ok mari aku cerita sikit untuk kefahaman korang.
TOLONG JANGAN PANIK. Perintah Kawalan Pergerakan ni tak sama dengan Perintah berkurung. Semasa perintah kawalan pergerakan dijalankan hanya pergerakan dibataskan, aktiviti keluar masuk dari dan dalam negara dihentikan sepenuhnya, perhimpunan besar yang melibatkan orang ramai adalah dilarang sama sekali, aktiviti selain itu korang masih boleh buat seperti biasa dengan batas-batas tertentu. Masih ada kelonggaran dalam tempoh ini, korang masih boleh keluar untuk mendapatkan keperluan asas dan keperluan kesihatan. Kebanyakkan sektor perkhidmatan penting negara (essential services) masih beroperasi seperti biasa.
Perintah kawalan ini dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967 yang perlu diikut oleh semua rakyat Malaysia, ianya meliputi bahagian:

Menurut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, Seksyen 12 memperuntukan bahawa jika anda tahu anda berpenyakit atau percaya anda mempunyai sesuatu penyakit berjangkit kemudian mendedahkan orang lain kepada risiko jangkitan dengan cara pergi ke tempat awam dan menggunakan kemudahan lain, maka ini adalah kesalahan di bawah Akta ini. (sumber: #seeyouincourtsayang)
Majlis kahwin, majlis tahlil dan sebagainya juga dikelaskan sebagai suatu perhimpunan sosial. Jadi perlu dihentikan buat masa ini. Menurut peruntukan Seksyen 11(4) Akta 342 itu dibaca bersama dengan Seksyen 24(a) Akta yang sama menjadikan KEINGKARAN LARANGAN yang akan berkuatkuasa mulai 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 adalah satu KESALAHAN JENAYAH. Korang boleh dikena boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 2 tahun, denda atau kedua-duanya sekali.
.

Walaupun keadaan “partial lockdown”, berat juga sampai ada hukuman penjara tu.
Anyway, 673 kes semasa dengan rekod 2 kematian, bukan perkara main-main! #StayHomeStaySafe jangan nak selfish sangat, jika tak sihat jangan keluar rumah, lakukan social distancing. Fikir-fikir sikit orang lain sebelum nak keluar rumah tu, kita tak tahu siapa pembawa virus, dan potensi kita sangat besar apabila kita keluar ketempat awam.
Satu jer pesan aku, Kenali Virus tu, kita akan rasa takut dengan benda yang kita tak kenali, kalau kita kenal betul-betul kenal virus tu, insha Allah, kita akan mampu mengawalnya.Kekalkan amalan kebersihan dan basuh tangan dengan kerap dengan sabun dan air selama 20 saat.
Take Care DIGINOM!