fbpx

Melaka dari sudut pandangan seorang pelancong, sudah hampir pasti akan membawa anda ke tempat yang hampir sama, dan apa yang kami warga ‘tempatan’ akan sebut sebagai ‘tourist traps’.

Penuh dengan lampu dan lokasi yang gilang-gemilang, amat mudah untuk mereka yang jarang-jarang berkunjung ke bandar bersejarah ini tersangkut dengan lokasi yang hampir pasti sudah pun disebut berjuta kali oleh blog-blog atau agensi pelancongan.

Berpengalaman selama 10 tahun di Melaka, pengalaman peribadi yang saya kongsi bersama anda telah saya alami sendiri setelah diberi peluang untuk belajar dan bekerja di Melaka sebagai pelajar dan seorang guru.

Dan jika anda seperti saya, izinkan saya untuk berkongsi dengan anda lima tempat makan yang mana-mana agensi pelancongan atau kawan anda yang tidak berasal dari Melaka tidak akan recommend pun kepada anda.

 

Nasi Ayam Sungai Udang

Restoran Hijrah Sari, Nasi Ayam Hailam bertempat di Sungai Udang, Melaka merupakan suatu kebiasaan bagi warga Alor Gajah, Masjid Tanah dan kawasan sekeliling. Diterajui peniaga Cina-Muslim, anda dapat merasai keenakan haruman nasi ayam dengan ayam stim empuk lagi mengiurkan.

Harga? Jangan risau, lagi murah dari Kuala Lumpur beb, confirm! Kini mempunyai di Alor Gajah dan juga Shah Alam, nothing beats the original!

 

Restoran Ramli Depan Penjara

Jika anda ingin rasai sendiri kelainan Chicken Chop dan Beef Steak ala Melaka yang disantap enak bersama nasi goreng klasik, datang lah ke Restoran Ramli Depan Penjara.

Izinkan saya untuk menceritakan serba sedikit kenapa saya perlu recommend gerai ini kepada anda. Arwah moyang saya begitu terkenal dengan nasi gorengnya, ada sambal sikit merah-merah warnanya dan cukup mudah dilengkapi rencah dan telur. Setelah bertahun sejak beliau meninggal dunia, saya tidak merasai nasi gorengnya sehinggalah saya tiba ke gerai ini.

Klasik. Memang klasik. Dihidangkan pulak dengan lauk Chicken Chop dan Beef Steak, dengan saus masam-manis dan a little hint of Worcestershire sauce, tipulah kalau lain kali anda datang ke Melaka anda tak singgah sebelum pulang.

 

Sate Kampung Jawa

Barangkali kini sudah popular, dahulunya Sate Kg Jawa ini merupakan satu kemestian untuk warga tempatan yang mahukan sate yang banyak, sedap, berkualiti untuk makan tengahari.

Bila hari bekerja dan tidak penuh dengan deruan pelancong, datanglah ke Sate Kampung Jawa kalau nak rasa sate yang lain dari yang lain – contohnya sate hati lembu, sate perut dan paling popular sate kerang.

Memang sedap dan besar. Sate Kajang? Sate Wily? Apa tu?

 

Asam Pedas Kota Laksamana

Jujur cakap, asam pedas paling sedap, dimasak oleh mak di rumah. Tempat lain memang tidak boleh mencabar. Tetapi andai kata anda inginkan asam pedas tengah malam buta, nak melayan si isteri yang mengidam asam pedas tetel, bawak lah kereta anda ke Asam Pedas Kota Laksamana.

Kalau cerita asam pedas semua pun tahu apa rasa dia, kalau cerita roti canai cicah asam pedas pun semua dah tahu, habis apa je nak cerita kan? Ha uniknya asam pedas ini yang mana kedai makan Melayu paling eksklusif di Malaysia sekalipun tidak boleh lawan adalah kepantasan dan kecekapan servis dia.

Bagi saya itu penting. Dari mak ke bapak ke anak, ampuh. flawless. Makan cepat sampai meski penuh namatey, air tidak silap dan menu asam pedas pelbagai datang panas-panas.

 

Pernah dengar tempat-tempat ini? Jika ada yang ya maaflah ini pilihan peribadi saya sendiri setelah berkelana di sana tidak lama dahulu. Sudah ada update baru? Kongsikanlah bersama kami!