fbpx

Hello! Mood saya minggu ni sedikit mendung kerana hujan lebat bersama kilat yang terlalu kerap sampai line internet macam biskut Chipsmore! Kejap ada..kejap takde.

Lama saya tak berkongsi tips dan saya percaya banyak follower baru Diginom tertanya – tanya tentang kehidupan Digital Nomad ni.

Kepada follower baru, boleh la singgah di web kami dan baca post – post terdahulu tentang Digital Nomad. Kalau posting lama kami masih tak dapat merungkai persoalan anda, boleh saja PM kami untuk mendapat idea yang lebih baik tentang Digital Nomad ni.

Bagaimana cara nak cari kerja digital ni selain dari Upwork, Favser?

Bergantung kepada skill dan pengetahuan korang, senantiasa bersedia dengan senjata berat korang iaitu portfolio kerja korang!

Portfolio kerja online yang paling baik adalah website tapi jika ada kengkangan kewangan, kita boleh guna LinkedIn sebagai platform permulaan. Bila dah ada kewangan stabil, buat website sendiri dan pilih Premium Profile untuk LinkedIn.

Tahukah anda, 35% pekerjaan di LinkedIn adalah kerjaya digital?

Angka yang sangat besar bukan? Untuk mencari kerja digital di LinkedIn tak susah. Hanya perlu download LinkedIn Jobs dan set preference kerja yang dicari. Tambah keyword paling penting dalam preference iaitu – #homebased #freelance dan banyak lagi. Pasti korang tak percaya list kerja yang keluar dalam senarai tu nanti. Banyak juga rupanya kerja digital ni!

Tapi saya ingatkan, kalau portfolio korang nan hado, peluang untuk dapat kerja tersebut sangatlah nipis. Dalam kelas Merentas Pekerjaan Tanpa Sempadan, saya akan ajar tips – tips ini termasuk cara untuk membuat / polish profile anda di LinkedIn (dan platform lain), secara one to one!

Jika saya buat kelas ini secara online, korang berminat nak join?

#tipsdnm #digitalnomadmalaysia