Kembara halal atau halal travel merupakan satu kegilaan bagi industri pelancongan di masa ini, seiring dengan pertambahan bilangan pengembara beragama Islam di serata dunia.
Dengan semakin berkembangnya industri kembara halal ini, hotel dan perkhidmatan pelancongan kini turut serta menjayakan inisiatif ini, kini penerbangan-penerbangan sudah tidak lagi menghidangkan alkohol kepada pelancong Muslim, resort-resort kini turut mengasingkan kolam renang bagi lelaki dan wanita, perancangan perjalanan pelancongan yang kini disertakan waktu rehat untuk solat lima waktu.

Source: WTM
Untuk memberi gambaran betapa besarnya industri ini, kajian yang dilakukan oleh Mastercard and Crescent Rating telah menunjukkan bahawan bilangan pelancong Muslim meningkat 30 peratus menyumbang kepada kenaikan kadar global dari $180b ke $300b.
Dan harus diingatkan juga demografi pelancong juga terdiri daripada mereka yang muda, berpelajaran serta pakar media sosial – jadi mereka menggunakan pengetahuan sedia ada untuk mengkaji sendiri apa yang ingin mereka lakukan di lokasi-lokasi yang tidak begitu Muslim-friendly seperti Korea Selatan, Taiwan, Jepun dan pelbagai lokasi lain.
Menurut ITB Asia, rancangan pengembaraan yang cukup gah, apa yang pengembara Muslim inginkan adalah perkara yang berkaitan dengan selera mereka ketika melancong.

Source: TripAdvisor
“Untuk pengembara muslim, perkara yang mereka utamakan adalah makanan halal – bukan bererti briyani atau kari atau masak lemak – tetapi makan tempatan yang halal.”
Sebab itu Taiwan dan Korea Selatan kini menjadi tumpuan pelancong Muslim kerana mereka menyediakan makanan tempatan yang halal. Betul juga, takkanlah sudah jauh mengembara kita makan, makanan yang sama kita makan di sini.

Source: Funtasticko
“Kemudiannya, pelancong Muslim mementingkan tempat ibadah.”
Lihat sahaja di Jepun, musollah begitu banyak meski yang beragama Islam di sana boleh dikategorikan sebagai minoriti masyarakat Jepun.
Menyedari peralihan ini yang bermula sekitar 2015, di mana pelancongan beralih kearah yang mesra Muslim, pelbagai blogger-blogger ternama turut berubah angin dengan menceritakan pengembaraan yang diselang-selikan dengan dokumentasi penemuan-penemuan halal mereka.

Source: Vulcan Post
Contohnya, blog Passport and Plates yang menceritakan makanan yang tidak dihidangkan babi dan alkohol di restoran yang mereka kunjungi; Arabian Wanderess yang menceritakan pengalaman blogger wanita Muslim yang mengembara dengan bajet yang tertentu; Muslim Travel Girl yang menceritakan destinasi bulan madu mesra Muslim dan tips menjalankan Umrah secara Do-It-Yourself.
Menurut Mikhael Goh, pencipta Halal Travel Guide, Have Halal Will Travel, “Usaha pelancongan global kini berusaha untuk mempromosikan negara yang bukan majoriti Muslim seperti Jepun dan Korea. Dengan adanya demam K-Pop kami kini berusaha menjadikan lokasi-lokasi ini sebagai tempat yang perlu dilawati dengan penggunaan aplikasi Instagram.”
Apa yang boleh kita lakukan untuk memesatkan lagi industri kita, sudah tentunya dengan meneruskan promosi Malaysia sebagai destinasi pelancongan Halal dunia. Masyarakat Islam semakin ramai di dunia, apa kata kita ambil peluang ini dan cuba capai mereka melalui penggunaan media sosial sebagai medium utama mempromosikan Malaysia.
Wow, your post makes mine look feeble. More power to you! Blinny Marlo Bandler