Hi Guys! Jadi, sekali lagi kita akan melalui fasa “Total Lockdown” setelah kes harian pada hari semalam mencanak mencecah 8000 kes dalam masa sehari
Bermula 1 Jun 2021 sehingga 14 Jun 2021, jom kita baca dulu keyataan media dari Pejabat Perdana Menteri yang disiarkan semalam..
Semua Sektor Tidak dibenarkan beroperasi!
Masih ingatkah korang kali pertama kita semua terpaksa melalui fasa ini pada 18 March 2020 yang lalu? Everything seems to be very bad, stressful, semua orang takut nak keluar, nak keluar bekerja pun seolah-olah nak keluar berperang. Setiap hari menunggu pengumuman penting dari DG dikaca tv, setiap kematian yang diumumkan membuatkan hati seakan pecah berderai.
Ramai yang mula hilang pekerjaan, hilang sumber pendapatan dan ada yang mula hilang kewarasan untuk meneruskan kehidupan. Ya Tuhan, setiap hari kita berdoa semoga dipulihkan keadaan supaya seperti sediakala, tetapi semua itu bertahan hanya sementara. Norma baharu yang sepatutnya diamalkan semakin diambil mudah, mungkin ramai yang mula bosan dengan keadaan tersepit yang setiap hari menghimpit diri, ramai yang mulai rindu pada kebebasan, nak pula bila mula membaca di media-media sosial ramai orang ternama dan artis-artis melanggar SOP sesuka hati, sesetengah rakyat marhean terlupa bahawa mereka bukan berasal dari kayangan seraya ikut serta melanggar peraturan yang telah ditetapkan.
Guys! Kita Belum Menang! Kita perlu saling ingat mengingati antara satu sama lain untuk sentiasa menjaga diri. Mari kita mulakan sekali lagi dan kali ini diharap, merupakan kali terakhir kita perlu melalui total lockdown ni, lama sikit tidak mengapalah. Semoga Malaysia bebas covid supaya kita semua dapat terus mengembara bebas dan jauh serata dunia!
Teruskan follow Digital Nomad Malaysia untuk lebih banyak informasi digital hari ini, kelas-kelas percuma dan peluang menjana pendapatan dari rumah